Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentok di celah-celah simpang siur karenah insan
.

Saturday, October 11, 2014

Sempitnya lorong ini!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
 Sempitnya lorong ini? 

Suatu hari, aku duduk termenung di musolla sekolah setelah kembali daripada bercuti selama 2 minggu.Alhamdulillah,musolla pada waktu itu masih lagi sunyi sepi daripada kebisingan pelajarnya. Biasalah,balik saja daripada bercuti,pasti pelbagai cerita yang akan dikongsikan bersama rakan-rakan.Tidak kiralah ceritanya baik mahupun buruk,suka mahupun duka. Itu realiti zaman sekarang.
Di musolla pun mahu bercerita itu ini. Ibarat rumah Allah itu seakan akan pasar malam yang dipenuhi dengan pelbagai suara manusia yang ingin menarik perhatian pengunjung. Rumah Nya yang sepatutnya dimuliakan,tetapi dikotorkan dengan bicara yang tidak indah.
Berbalik kepada tajuk asal. Saja aku menceritakan keadaan musolla di sekolah sebagai mukaddimah tajuk ini.

Aku suka duduk di musolla selalunya apabila pulang ke sekolahku. Suasananya sunyi sepi tanpa sebarang gangguan. Rasa ketenangan itu bertambah lagi apabila menghayati maksud bacaan al-Quran. Tiba-tiba helaian al-Quran yang dibaca terberhenti pada ayat 286 Surah al-Baqarah,yang membawa maksud

 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 

 Jika direnung ayat itu dan difahami benar-benar maknanya,pasti air mataku mengalir tak semena mena. Ayat ini membuatkan aku terfikir betapa Maha Baiknya Allah SWT..Tak ternilai kebaikannya jika ditambah lagi dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya.. 
Allah tidak membebani kamu melainkan sesuai dengan kesanggupanmu. Sudah pasti ujian yang Allah timpakan kepada hamba-hambaNya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah dan ada sesuatu yang Allah ingin kita ubah. Yang pastinya kebaikanlah,bukan keburukan. Teguran Allah boleh jadi melalui ujian-ujian itu. Aku pernah rasa 'down' yang sehingga boleh dikatakan aku berputus asa. Tetapi,alhamdulillah,ada sahabat yang prihatin,yang membantuku. Sekadar nasihat pun sudah memadai. Katanya.. "Jalan berubah ke arah kebaikan memang begitu.Selalu kita diuji dengan cacian,kejian yang hampir-hampir menjatuhkan kita. Tapi,adakalanya jatuh itulah yang membuatkan kita untuk terus bangkit dan melangkah dengan lebih tabah.Dan lorong inilah yang aku maksudkan,lorong ujian! Seakan akan semuanya membawa kesedihan,tetapi,percaya dan yakinlah akan janji Ilahi,bahawa lorong inilah yang membawa kepada kebahagiaan yang hakiki.

Bukankah destinasi yang kita hendak tuju itu memberi kekuatan untuk kita?

Bukanlah destinasi yang kita hendak tuju itu memberi kebahagiaan yang tidak tergambar indahnya?

Bukankah semua yang kita lalui tadi banyak mendidik kita dengan erti sabar dan bertolak ansur ?

Bukankah semua yang kita lalui untuk sampai ke destinasi tersebut banyak mengajar kita untuk berhati-hati?

Jawapan semestinya 'YA'.

Pujuk hati sendiri,katakan wahai insan yang mengambil jalan berubah ke arah kebaikan,

Beginilah juga sifirnya dalam usaha memperbaiki diri.

Jalan ini mungkin tidak dipenuhi dengan karpet merah yang terbentang luas,malah penuh dengan kesedihah di mata kita.Ada saat kita akan merasa tergugat ketabahan dan kemampuan kita untuk meneruskan perjuangan dalam perubahan ini. Kadang kala,seperti yang aku katakan di atas,kita akan hampir kepada rasa putus asa.

Misalnya,seperti kamu yang ingin berubah memakai pakaian yang longgar dan labuh yang sebelum ini hanya memakai pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan,tiba-tiba ada suara yang menegur,mencemuh,menyindir kita,seakan akan perubahan kita tidak mendapat sokongan langsung. Itu yang kadangkala aku rasakan.

Disaat kita menginginkan perubahan yang baik,seakan akan banyak timbulnya dugaan dalam pelajaran,dengan keuarga dan masalah kewangan.

Sempitnya lorong ini?

Bersabarlah sayang. Allah itu sesekali tidak pernah menjauh dari kita. Dia telah merancang semuanya dengan baik dan pastinya sebatas kemampuan kita. Destinasi kita adalah Allah. Syurga-Nya.
Masakan untuk dapatkannya, hanya jalan-jalan yang manis yang kita hendak lalui. Masakan untuk dapatkannya perlu berlenggang kangkung, ikut rasa dan mahu kita sahaja?.
Rasulullah dan para sahabat juga melalui ujian yang hebat dari Allah. Hayatilah dan bacalah sirah. Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran?. Bersyukurlah. Yakinlah, janji Allah itu benar.

Andai kau rasa dirimu susah, sempit, dan 1001 rasa lagi. Lihatlah pada orang yang jauh lebih susah dari kita. Ada manusia yang istimewa, diuji dengan buta, bisu, pekak, tiada kaki, dan tiada tangan.

Lihatlah dirimu, kau masih ada semua itu, masih dipinjamkan oleh-Nya. Lihatlah juga pada pesakit-pesakit yang terlantar dihospital, pelbagai peringkat umur, dari baby hinggalah yang lanjut usia.

Ada yang demam, ada yang koma bertahun-tahun, ada yang menghidap kanser, ada yang menanti penderma organ untuk tubuh badannya, ada yang masuk keluar hospital kerap, dan bermacam-macam lagi penyakit yang Allah uji mereka.

They are choosen. You’re choosen too.

Bersyukurlah kerana-Nya. Sesekali ziarahlah kubur, dan beringatlah, suatu hari kita juga akan masuk ke dalam kubur. Kita akan Mati. Semua orang akan mati.


Dan Mati itu pasti.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) dan banyak beramal untuk bekalnya di Akhirat kelak”-(HR.Tirmidzi)
Allah s.w.t juga ada berfirman dalam Al-Quran:
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan”- ( Surah Al-Ankabut: 57)
Lantas, apakah persiapan kita? Bekalan kita?
Ketahuilah, aku sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri kepadaku, kau sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri kepadamu, dan semua orang sedang berjuang.
Motivasi utama kita adalah Allah.
Untunglah orang yang diuji itu, andai ujian itu membuatkan dia dekat pada Allah. Rugilah orang yang diuji itu, andai ujian itu membuatkan dia semakin jauh pada Allah.
Buat apa yang Allah suka, insyaAllah bahagia akan menjadi milik kita!. Percayalah. Tebalkan cinta itu..
Cinta pada Allah & Rasulullah..
Berdoalah pada Allah,

Dia sesekali tidak akan menghampakanmu.
Minta padaNya sungguh-sungguh..

Dah. Senyum. Jangan nangis lagi. Allah bersamamu.Semoga Allah permudahkan segalanya.

Tetap Allah yang setia walau beribu kali kita jatuh.