Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentok di celah-celah simpang siur karenah insan
.

Wednesday, September 17, 2014

Duhai Hati






Duhai hati,bersabarlah menghadapi dunia ini
Dunia ini tiada hentinya dari berputar ibarat roda.
Seketika kau berada diatas,janganlah lupa diri dan lihatlah ke bawah,
Jadikanlah nikmat yang dikurniakanNya untuk menambah kesyukuranmu di hati.

Ada ketika kau akan berada di bawah,
bergelumang dengan lumut kenistaan,
Bangkitlah! dan usah meratapi kesedihan itu kerana ia cumalah sementara
Apabila kau dicaci dan dibenci,ingatlah bahawa adalah mustahil bagi seseorang untuk untuk memuaskan hati semua orang di sekelililingnya.
Sedangkan kekasih Allah,Rasulullah SAW  yang dicintai Allah itu turut pernah dibaling batu
oleh penduduk Thaif,inikan pula kita hanya insan biasa.

Tetapkanlah hati untuk terus istiqamah dalam mengabdikan setiap nafas untuk Nya
dan teruskanlah pengembaraanmu di dunia yang kerdil ini.Akhirnya kau akan faham
dunia ini hanyalah sebuah mimpi yang seketika.Selagi engkau masih terdaya,teruslah maju kehadapan menuju Ilahi.
Jangan sesekali engkau menoleh ke arah kisah silam yang telah terkubur dalam lautan memori itu.

Setiapkali fajar baru menjelang,ia sebenarnya tidak sama dengan fajar-fajar yang lalu dalam kehidupanmu.Hari-hari
yang berlalu menandakan sebahagian dari diri kita sedang pudar dan hilang.
Masa kita amat TERHAD dan tanggungjawab masih belum SEMPURNA.

No comments:

Post a Comment